Friday, September 5, 2014


 Kuliah Dhuha UMED 05.09.2014

♥♥Tafsir Surah Al Ahzab ayat 53 - 54

1. Allah mgajr adab2 yg perlu dipatuhi yakni adab2 bsama org beriman.

-》Kisah Talhah bin Ubaidillah spupu Aisyah yg tdk bpuahshati dgn larangan Nabi spya tdk bergaul dgn sepupu2nya. Jika Muhammad ini mati, aku akan kahwin dgn Aisyah. Maka Allah menurunkan ayat ini. Ia myalahi adab dgn Nabi saw setta menyakiti hati baginda.

2. Namun slps itu Talhah berasa bersalah. Kdg2 kita terlepas ckp dek kejahilan dan emosi melampau. Sudah menjadi kebiasaan dlm msyarakat kita yg menganggap sepupu seolah2 spt adik beradik lalu kita mula bgaul tanpa batasan aurat dan akhlak.

-》 Tdk ada hadis yg mgatakan kahwin dekat spt dgn sepupu akan myebabkan zuriat lemah @ lembap.

3. Suatu hari Talhah bsembang dgn Aisyah lalu ditegur oleh Nabi saw spya tdk lagi berbual dlm keadaan demikian even tdk bercakap perkara yg tdk elok. Perbuatan duduk berduaan adlh perkara mungkar. Ssguhnya tdk ada org yg lbh cemburu selain dr Allah dan aku. Nabi saw diam kemudian berlalu pergi.

4. Kemudian Talhah memerdekakan hamba dan bersedekah 10 ekor unta ke jalan Allah serta menunaikan haji dlm keadaan bjalan kaki sbg tebusan atas kesilapan. Jgn bcakap sesuatu yg myakitkan hati org beriman. Perbuatan ini amat dilarang oleh Islam. Ini sebab penurunan ayat 53 dan 55.

5. Adab yg diajar oleh Allah antaranya

a) kita tdk dibenarkan masuk ke dlm rumah melainkan dgn keizinan.

-》Keizinan ada dua jenis spt djemput dtg ke rumah utk majlis tertentu dan dibenarkan masuk.

-》Bentuk ketidakizinan iaitu bila kita dilarang masuk @ ketika kita berada pd waktu yg tdk sesuai. Org berilmu dpt dilihat pd adabnya.

-》 Ilmu ini hebat bila seseorg itu ada adab. Kita perlu mengajar adab tlebih dahulu sblm belajar spt contoh adab menuntut ilmu spya ilmu itu berkat.

b) bila kamu sudah mkn hendaklah kamu beredar. Ia menunjukkan kewajipan keluar dr rumah slps selesai maksud. Asal masuk ke rumah adlh haram melainkan ia dibenarkan. Slps selesai maksud maka ia menjadi haram kembali.

c) jgn jadikan tuan rumah terbeban dgn kedatangan kita

6. Allah tdk malu utk myatakan kebenaran. Tdk ada sifat malu dlm mgetahui hukum hakam dan syarak.

-》Kita sering bimbang jika bertanya @ menegur sseorg, maka ia mungkin mjejaskan hbgn dgn org lain namun kita wajib mberitahu jika ia bkaitan dgn hukum hakam.

-》Tdk perlu utk myembunyikan nama ketika btanya sesuatu. Antara feqah fatwa adlh mgenali individu tsebut. Memberi fatwa tnpa mgetahui latar belakang akan mjauhi seseorg itu dr agama. Jika ia seorg yg lemah agama maka beri fatwa yg mudah baginya.

-》Antara fatwa yg tdk tepat apabila ia mula myebabkan org lain mjauhi agama. Fatwa adlh dakwah yg btujuan utk mdekatkan seseorg itu kpd agama.

7. Allah myebut adab dgn isteri2 Nabi spt tdk blh btemu scara bsemuka, perlu kpd hijab. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Ia adlh utk memelihara maruah isteri Nabi saw.

-》Para shbt dtg utk btemu Aisyah selepas kewafatan Nabi saw utk mgetahui hukum hakam agama.

-》Haram utk bkahwin dgn isteri2 Nabi melainkan yg diceraikan.

♥♥Kitab Riadus Solihin Imam Nawawi

Doa ma'thur Nabi saw

1. Harus tdk bdoa dgn doa yg tdk ma'thur namun doa yg ma'thur lbh baik diutamakan. Apabila kita tdk mhafal doa2 ma'thur maka bdoalah apa2 doa yg kita igt. Allah berfirman "Doalah kpdku akan Aku mustajabkan".

2. Jika dtg seseorg yg mpunyai masalah, penyelesaian tdk semestinya dlm bentuk material. Antaranya kita diajar utk bdoa spya dilepaskan dr bebanan contohnya bebanan hutang.

-》Doa mbuka kesempitan jiwa dan merawat penyakit hati spya ia menyebabkan kita lbh cekal. Maka Allah akan memudahkan asbab dlm setiap masalah kita.

3. Antara doa Nabi saw adlh meminta idea dr Allah. Idea adlh anugerah Allah, bkn usaha kita semata2.

-》Ya Allah ilhamkan kpdku kecerdikan. Kecerdikan ini dibwah bimbingan dan hidayahNya.

-》Jauhilah aku dr kejahatan diriku yakni bkaitan dgn keperluan diri sendiri spt ketika mhadapi ujian, takut dikeji, lalai dr mengingatiNya dan ingin memiliki secara mutlak.

♥♥Kitab Fiqh Manhaj

1. Asas pertandingan yg ada hadiah. Jika ia dtg dr peserta dan mjadi nilai pertaruhan maka ia adlh haram. Ia bentuk perjudian. Namun ia terbatal hukumnya apabila ada muhallil.

♥♥Soaljawab agama

1. Perbezaan jelas antara menuntut ilmu di rumah2 Allah dgn sekadar menonton tv @ mbaca buku. Antaranya

-》Tiada perjalanan keluar dr rumah utk menuntut ilmu. Ia adlh fisabilillah.
-》Ilmu didatangi bknnya mnunggu ia mendatangi kita
-》Jauh dr adab menuntut ilmu
-》Dpt bhimpun dgn org soleh serta mdpt doa malaikat

2. Ada sebab utk tdk mberi salam spt ketika bhadapan dgn ayat quran lalu dimulakan dgn ucapan bismillah. Ayat quran begitu agung utk dicampurkan dgn ayat2 lain. Ini adlh contoh disiplin ilmu.

3. Sengaja tinggalkan solat kerana sibuk bkerja. Allah sudah tentukan waktunya maka kita perlu mematuhi waktu2 solat.

-》Haram kita tinggalkan solat melainkan dgn sbb2 syar'ie cntohnya mjaga nyawa, keselamatan dan harta. Melambatkan dan melewatkan solat juga termasuk dlm gol yg celaka.

4. Gunakan duit yuran utk mbeli hadiah cabutan bertuah. Ia berkaitan dgn persetujuan sesama sendiri.

5. Jika jumpa jumlah duit yg besar, maka kita perlu mengumumkannya dlm tempoh setahun sblm myedekahkan duit itu ke dlm tabung masjid. Jika empunya dtg slps setahun, kita wajib menggantikan kembali duit tsebut dan sedekah itu akan mjadi sebahagian dr sedekah kita.

6. Nabi saw mengaqiqahkan utk Hasan dan Husin hnya seekor kambing. Ia sudah memadai dan tdk perlu mengulanginya. Jika kita berkemampuan, maka tiada slhnya utk aqiqah 2 ekor kambing.

Wallahua'lam

No comments: