Friday, September 5, 2014


 Kuliah Maghrib UMED
Kitab Dosa-dosa Besar 03.09.2014

Dosa 104 Tidak Menunaikan Zakat (sambungan..)

1. Bila manusia ada prsn ingin mhimpun dan memiliki harta, maka difardhukan utk menunaikan zakat. Dlm Surah Maryam ayat 31 ketikamana Nabi Isa bkata2 kpd Bani Israel "Dan Allah mjadikan aku berkat dimana aku berada dan mfardhukan kpd aku solat dan zakat selagimana aku hidup". Ia adlh suatu smbgn syariat terdahulu yg masih kekal shgga sekarang.

2. Harta itu adlh milik Allah, maka kita tdk blh scara bebas utk mhalang pemberian kpd yg dkehendakiNya dan ada hak yg Allah telah tentukan yakni zakat. Zakat btujuan utk myucikan hati dan harta itu sendiri.

3. Kalau ia bcampur dgn harta lain maka ia akan binasa. Ia perlu diasingkan @ org yg tdk berhak menerimanya perlu menolak zakat utk mgelakkan harta yg lain binasa. Jika dberikan kpd org yg slh, maka ia perlu ambil kembali zakat tsebut dan keluar semula zakat kpd yg berhak. Ini tmasuk dlm perkara mcegah kemungkaran apabila ia mberi kpd org yg tdk berhak.

4. Selagimana kita amanah dlm menunaikan zakat, maka kita berhak utk mdpt doa2 dr gol asnaf zakat. Jika tdk, kita akan didakwa oleh mereka di akhirat kelak. Kita perlu teliti dlm hal zakat ini sebagimana kita teliti dlm menghimpun dan mengira harta kekayaan kita.

5. Ada maksiat bsifat sendirian berhad yakni bsifat peribadi. Ada maksiat yg bkaitan dgn masyarakat. Zakat adlh maksiat yg bsifat kemasyarakatan. Krjn Islam berhak menyita dan mgambil semua @ separuh harta seseorg yg enggan dan ingkar mbayar zakat mgikut budi bicara sbg cara utk mcegah kezaliman ke atas org2 yg berhak. Namun negara kita tdk mpunyai undang2 ini.
-》Tetapi ingat!!Azab Allah itu jauh lbh berat dan besar di akhirat kelak.

6. Kepimpinan adlh utk mjaga agama Allah. Setelah kewafatan Nabi saw, sahabat terus berbincang utk melantik pemimpin yg akan menggantikan Nabi saw. Selepas selesai perlantikan Saidina Abu Bakar sbg pemimpin, maka beliau terus memerangi gol yg murtad. Beliau memahami bhwa org yg murtad adlh org yg melanggar syariat agama tmasuk org yg tdk solat dan tdk mbayar zakat.

7. Zakat bknlah suatu perkara yg kecil dlm Islam. Even tiada undang2 yg ketat tentang pelaksanaan zakat, namun Allah tlh menjadikan ia suatu bencana buat umat Islam tnpa kita sedari. Contohnya dgn masalah inflasi, kemiskinan, jenayah dsb. Allah akan biarkan kita lalai dlm menikmati nikmat tsebut lalu Allah akan ambil kembali dlm sekelip mata. Masa itu kita mula akan bputus asa.

8. Tanda Allah tdk syg kita ialah ISTIDRAJ. Allah kurniakan segala nikmat dan rezeki even dgn segala kemaksiatan dan kemungkaran kita lakukan lalu Allah mgambilnya sekaligus. Allah jadikan kita bputus asa dan Allah akan matikan kita dlm keadaan kita ingin hidup. Itu saat paling hina buat seseog shgga tdk sempat btaubat.

9. Ada 5 perkara yg kita lakukan, maka kita akan peroleh 5 bencana :

a) mengikut perbuatan keji kaum Nabi Luth akan menimbulkan pelbagai penyakit2 pelik yg kita sendiri tdk pernah dengari sebelum ini.

b) mengurangi sukatan dan timbangan akan menimbulkan bencana serta lahir penguasa zalim yg akan mengenakan pelbagai cukai dan undang2 yg akan menindas peniaga dan rakyat. Bila dtg bencana, pemimpin zalim tdk pnh terfikir utk bdoa.

c) ingkar mengeluarkan zakat akan menghalang hujan turun dr langit. Disinilah terjadinya kemarau yg berpanjangan.

-》Kalau tdk kerana binatang dan tumbuhan serta kanak2, org tua dan ahli ibadat, maka Allah tdk akan menurunkan setitik pun air hujan.

d) merosakkan perjanjian Allah dan Rasul maka musuh akan menguasai kita. Kekuatan umat Islam adlh bpegang pd janji.

-》Hamas amat bpegang pd janji. Jika Hamas melanggar perjanjian, mereka percaya pertolongan Allah akan lambat dtg kpd mereka.

e) tidak berhukum dgn kitab Allah maka Allah akan menurunkan petaka yakni bperang sesama sendiri dan saling berbunuhan.

-》Manusia semakin jahat kerana undang2 tdk dpt menghalang apatah lg tdk mpunyai agama. Ini adlh sejahat2 makhluk Allah. Manusia akan mjadi baik dgn agama dan undang2.

10. Antara nikmat yg Allah berikan kpd manusia adlh mengubah dr suasana ketakutan kpd keamanan. Antara nama Allah adlh Al-Mukmin bermaksud mengamankan. Utk mdpt keamanan, maka laksanakan undang2 Allah sptmana yg Allah perintahkan.

-》Sbnrnya agama adlh undang2 di dlm diri kita. Jika kita tiada agama dlm diri, maka kita akan berani utk melakukan dosa dan maksiat.

-》Kita wajib utk mdesak kerajaan utk melaksanakan undang2 Allah. Ia bkn cerita politik @ parti tertentu, ia adlh perintah Allah. Jika undang2 Allah dilaksanakan, maka lbh ramai yg akan memeluk Islam. Inilah yg paling ditakuti oleh org kafir dan syaitan.

-》Kita akan merasai ketakutan demi ketakutan sehingga hilang rasa keamanan dlm kehidupan kita selain ketegangan dlm perkauman. Jenayah semakin bertambah dan ia akan hilang melainkan kita melaksanakan undang2 Allah.

Wallahua'lam

No comments: