Thursday, August 14, 2014


 [23:17, 10/07/2014] Azwan: Kuliah Ramadhan UMED Kitab Wasiat Ibnu Qudamah Al Maqdisi-Jalan Lurus Menuju Allah 10.07.2014

Muraqabah & Khasyah

D. Doa dengan Khusyuk (sambungan..)

1. Kita perlu ngetahui fiqh @ kefahaman doa bhwa doa bkn semata2 upacara ritual, pmintaan dan jampi serapah. Ia adlh khidupan dan kperluan org mukmin yg mnunjukkan perhambaan kpdNya. Hadis Nabi saw "Jika kita memerlukan sesuatu maka mintalah dgn Allah"

2. Ia adlh suatu bentuk aqidah bhwa myakini hnya Allah yg akan mdengar dan  mperkenankan segala doa kita. Spya kita mgetahui kita sdg mgadu kpdNya dgn bsungguh2. Allah yg Maha Mengetahui segala2nya apa yg ada di dlm hati kita.

3. Apabila bdoa maka mintalah sesuatu yg paling baik. Sbaik2 apa yg kamu minta dgn Allah adlh apa yg Allah minta dgn kita. Kita tdk mgetahui apa yg akan blaku suatu hari nanti. Bukalah Quran,ia dpenuhi dgn doa2 yg diajar oleh Allah.

4. Allah myuruh kita memohon spya kita memohon keampunan, istiqomah dlm melakukan ketaatan kpdNya, kebaikan didunia dan akhirat, pelihara dr azab api neraka, jgn dhukum apa yg kita lakukan secara tsk sengaja @ tsalah, dberikan hidayah dan jgn dpalingkan hati kita. Ini adlh cntoh2 doa yg Allah ajar kita melalui Quran.

5. Nabi saw juga tlh mgajar kita byk doa2 dmana ia mbawa begitu byk kebaikan spt blindung dr fitnah dajjal dsb.

6. Jgn lah dminta spaya dsegerakan doa itu dimakbulkan. Akan dimustajabkan doa selagi kita tdk tgopoh gapah. Doa adlh suatu ibadat selain menginginkan ia terhasil @ tmakbul. Namun kdg2 kita tdk mgetahui keburukan yg akan blaku tlebih dahulu sebelum dtg kemustajaban doa tsebut.

7. Tdk ada org Islam yg berdoa melainkan Allah akan mgurniakan 3 cara bgaimana ia dmustajabkan iaitu
a) disegerakan apa yg dminta
b) Allah simpan pahala di akhirat kelak
c) Allah palingkan drnya kejahatan sbagaimana apa kebaikan yg dminta.

8. Jgn cpt bputus asa dgn doa yg dipohon. Semua org akan Allah mustajabkan doanya tetapi bbeza kemustajaban doa tsebut. Samada Allah mustajabkan @ Allah gantikan sesuatu yg sama atau lbh baik drnya.

9. Sbesar mana kesabaran kita maka sebesar itulah kejayaan kita. Begitulah juga kesabaran kita dlm mnunggu doa itu dmakbulkan. 4 perkara keajaiban yg ada pd umat Muhammad saw iaitu sifat sabar, tawaduk, senantiasa bzikir kpdNya serta bsederhana. Dgn sifat ini kita akan melihat keajaiban dan kebesaranNya.

10. Imam Syafie bkata "Jgn kamu mperkecilkan doa. Ia umpama anak panah yg dlepaskan pd waktu malam dan ia pasti mgenai sasaran". Sabda Nabi saw "Doa itu senjata org mukmin"

11. Negara2 kafir amat bgantung dgn segala bentuk senjata canggih. Ia bbeza dgn org mukmin yg mpunyai aqidah yg kuat ttg pergantungan penuh kpdNya selain senjata yg dbekalkan oleh Allah yakni doa. Allah mberikan byk kemenangan kpd tentera Islam dgn doa Nabi saw spt di dlm Perang Badar. Turunnya malaikat yg dtg mbantu tentera2 Islam.

12. Doa itu adlh suatu ketundukan dmana kita mpunyai Allah. Kita bgabung dgn seluruh lautan doa org mukmin dsaat ada org mukmin lain yg ditindas. Disaat ini akan dtg pertolongan Allah, maka Allah akan mberi apa yg kita inginkan serta dberikan kebaikan dan keberkatan pd apa yg dpinta tsebut tanpa mgurangkan agama kita. Ini adlh tnda cintaNya kpd org mukmin.

Wallahua'lam
[22:35, 11/07/2014] Azwan: Kuliah Ramadhan UMED Kitab Wasiat Ibnu Qudamah Al Maqdisi-Jalan Lurus Menuju Allah 11.07.2014

Muraqabah & Khasyah

E. Munajat

1. Munajat bererti merintih dihadapan Allah atau bmesra dgnNya dimalam hari, mgadu keresahan, kgelisahan, kerinduan dsb. Ia bangun pd waktu mlm dan mgadu serta mgakui kelemahan, merasai ketakutan akan azabNya, bimbang akan pengakhiran hidupnya smada mati dlm iman @ tidak beriman.

2. Kita perlu memikirkan adakah layak utk kita mdiami syurgaNya, bsgguh kah kita dlm melakukan ketaatan pdNya dsb. Apabila kita diilhamkan bangun malam serta bdoa pdNya, ia adlh anugerahNya. Dikala org lain meminta hal2 dunia, kita memohon akan keafiatan akhirat kita kelak.

3. Dsinilah timbul istilah beruzlah iaitu mengasingkan diri semata2 utk bmunajat kpdNya. Mereka ini tdk mahu rintihan mereka didengari oleh org lain. Mereka sentiasa mzahirkan kebimbangan akan soal taqwa kita dsisiNya.

4. Kita tdk mgetahui siapa nama kita dsisiNya. Adakah mukmin @ fasiq @ munafiq @ dsb. Kita tdk mgetahui kesudahan hidup kita. Kita tdk mgetahui smada dosa kita diampunkan atau tidak.

5. Org yg tselamat adlh org yg bimbang akan agama dan akhiratnya. Mereka amat mhargai hidayah iman dan Islam yg Allah kurniakan pdnya.

6. Kita melakukan dosa dan maksiat dsebabkan hawa nafsu serta kejahilan kita. Tiada siapa yg berhak mengampunkan dosa kita melainkan Allah. Tentu kita malu utk bhadapan dgn Allah kelak. Celakalah usia kita apabila ia makin btambah, makin btambah juga dosa kita. Kita pasti tdk tertanggung azabNya.

7. Keampunan Allah umpama lautan yg luas. Even dosa kita sbesar gunung-ganang, pengampunan Allah jauh lbh bmakna jika kita btaubat dgn bsungguh2. Utk merasai kemanisan dan kelazatan beribadat waktu malam, maka merintihlah dihadapanNya. Allah akan mhilangkan kebimbangan dan keresahan dlm diri kita. Berbanding kita mgadu kpd manusia yg akan menambahkan beban kpd kita.

8. Apabila btemu org soleh maka mintalah doa serta nasihatnya. Kemuliaan org alim dan soleh adlh pd doa dan nasihatnya. Pasti doa dan nasihatnya akan mberi manfaat kpd agama dan akhirat kita.

9. Scara kudratnya kita tdk mampu utk istiqomah dlm jalan menuju Allah. Hnya Allah yg mberikan istiqomah dlm jalan kebenaran, bdoa spya kita tdk tgelincir dan bpaling dr hidayahNya. Allah mgajar kita doa " Ya Allah berikanlah kpd kami kebijaksanaan" . Apabila kita bijak, kita mampu menjauhi dosa dan maksiat. Kcerdikan sbenar apabila kita tiada keinginan utk mbuat dosa.

Wallahua'lam

No comments: