Friday, August 22, 2014


 Kuliah Maghrib UMED Kitab Membangunkan Org2 Yg Terpedaya 22.08.2014

Takut Mendapat Su'ul Khotimah

1. Antara karomah org beriman ialah mati dlm keadaan iman @ husnul khotimah. Allah bfirman dlm Surah Ibrahim ayat 27 "Allah akan menetapkan pendirian org beriman dgn kalimah yg tetap teguh dlm kehidupan dunia dan akhirat kelak. Allah akan myesatkan org2 yg berlaku zalim pd diri mereka". Karomah org beriman sentiasa teguh dengan kalimah tauhid dan mjadikannya semakin yakin serta btambah keyakinan apabila ia melihat sakaratulmaut.

2. Su'ul khotimah ada 2 peringkat iaitu

a) ketika saat kematian aqidahnya masih ragu2 dgn Allah lalu dicabut keimanannya. Jgn kamu mati melainkan dlm keadaan Islam. Berusahalah utk mati dlm Islam. Ia adlh tiket utk ke syurga even ia bknlah suatu jaminan yg khusus. Berangan2lah org kafir utk mati dlm Islam coz bimbang akan kekal dlm neraka. Adlh satu kemuliaan apabila Allah memelihara aqidah kita ketika kita mati.

b) mati dlm mbuat maksiat kpdNya. Setiap maksiat ada hukumannya.
 Allah menghukum dgn keadilanNya dan mengampunkan dgn kemurahanNya.
Ssguhnya dosa dan maksiat mgikut hawa nafsu mjadikan manusia ni disia2kan waktu matinya yakni dibiarkan tanpa rahmat dan pertolongan Allah. Sbgaimana  kita merasa sedih dan menyesal disaat kita mmerlukan seseorg disamping kita tetapi meraka tidak menghiraukan kita dan  tidak mahu berada di mempedulikan kita. Kesannya agama( iman) kita hilang pd waktu kematian spt ini(nazak).
Jadi nabi mengajarkan kita bertaubat
Kerana antara kelebihan taubat adlh utk mmelihara kita dr kematian su'ul khotimah. Ia adlh waktu terakhir utk iblis dan syaitan utk mgoda dan myesatkan manusia. Segala amal soleh kita akan menjadi tentera dan benteng utk mhadapi godaan syaitan.

Jangan yakin  aman dari murka Allah(sbb bnyk berbuat taat) dan jangan merasa putus asa dari rahmat Allah( sbb bnyk dosa)
3.Ada insan yg dipilih oleh Allah utk mdpt husnul khotimah even pd permulaan hidupnya penuh dgn dosa dan maksiat. Malah malaikat turut berasa hairan dgnnya. Ada diantara kita yg mlakukan ketaatan shgga jaraknya dgn syurga hanya satu jengkal. Namun apabila di akhir usia ia melakukan perbuatan maksiat lalu Allah memasukkannya ke dlm neraka.

4. Ada insan yg melakukan kejahatan sehingga jaraknya dengan neraka hanya satu jengkal. Namun apabila akhir usianya ia melakukan amal soleh lalu Allah masukkannya ke dlm syurga. Ini melambangkan rahmat Allah. Allah blh melakukan apa yg Dia kehendaki. Inilah yg harus dibimbangkan oleh kita. Wahai Tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkan hati kami dlm agamaMu. Jgn Engkau palingkan hati kami setelah Engkau mberi petunjuk kpd kami.

5. Allah pemilik hati. Kita tdk berhak utk btanya kpd Allah knapa Allah melakukan demikian. Walhal kita yg akan ditanya apa yg kita lakukan di dunia ini. Kita perlu berusaha utk melakukan sesuatu yg telah ditetapkan olehNya. Maka gunakanlah nyawa, nikmat, Quran yg diturunkan dan hadis Nabi saw dlm menjalankan tggjwb kita di dunia.

6. Manusia mgetahui walau kita mberi apa2 pun alasan kpdNya, ia tdk mampu myelamatkannya. Bahkan kita mgetahui Allah melihat akan keadaan diri kita. Supaya manusia tdk akan mberi apa2 alasan lg selepas Allah menghantar Rasul. Kita tdk perlu menunding jari kpd org lain walhal kita yg btggjwb ke atas diri kita sendiri.

7. Dan igtlah apabila org2 yg memimpin berlepas diri drpd tggjwb kpd org2 dpimpin ktika melihat azab Allah lalu bkatalah mereka yg dipimpin kami pasti tdk akan mengikutinya. Lalu amalan mereka semua mjadi sia2. Mereka juga meminta spya pemimpin mereka diseksa dgn azab berganda malah mereka turut ditimpa dgn azab bganda. Walhal mereka mpunyai otak utk bfikir.

8. Allah tdk mengizinkan seseorg myebut kalimah Lailahaillah even ia ringan dimulut. Namun ia amat sukar dsebut ketika kita hendak mati shgga kalimah itu perlu diajar. Kerana hari kematian adlh waktu yg paling dahsyat. Kita akan melihat pelbagai peristiwa yg tdk mampu dilihat oleh org lain. Melainkan dgn rahmat dan pertolonganNya, kita akan dpt myebutnya.

9. Org yg mati dlm su'ul khotimah seumpama nafas lembu yg dsembelih. Manakala org yg mati dlm keadaan husnul khotimah pula, ia akan mati dlm hembusan yg amat perlahan. Org yg elok pmulaan hidupnya insyaAllah kesudahannya akan baik. Namun masih blh berlaku Allah menarik hidayah dan Islamnya disaat2 akhir usia. Begitulah sebaliknya.

10. Jika Allah inginkan kebaikan pd seseorg maka Allah akan mbantunya utk menambahkan amal2 soleh disaat2 akhir usianya. Ini juga tanda2 husnul khotimah. Maka perhatikan amal soleh kita adakah amal kita semakin btambah @ bkurang setiap tahun. Jika Allah memilih kita utk tdk lg bminat dgn dunia dan diuji dgn penyakit, ini bmakna Allah sdg mbantu kita mdekatkan diri pdNya.

11. Jgn kita mengabaikan agama dlm kehidupan kita akibat terlalu cenderung dgn aktiviti dunia. Blh beraktiviti tp perlu ada tempoh waktunya. Utk akhirat semua usia sesuai utk kita namun utk dunia, kita ada usia yg terbatas. Kita perlu ada matlamat utk hidup cemerlang di akhirat.
Selagi kita hendak hidup, maka kita perlu terus belajar. Ini mgambarkan kepentingan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adlh suatu kemuliaan.

12. Kita tdk blh mbuang masa kerana masa itu amat bharga. Kita perlu menangis dan myesal skrg sblm Allah menarik nikmat Islam itu dlm diri kita. Dimana logiknya hilang Islam dlm diri seseorg?? Dlm berbilion manusia di atas muka bumi ini namun tdk semua dipilih utk mjadi Islam. Allah tdk mberi jaminan Islam itu kpd sesiapa yg Dia tdk sukai. Setiap kali kita berbuat maksiat maka Allah akan murka. Maka cepat2lah btaubat stiap kali melakukan dosa dan maksiat.

13. Ada seorg pelacur Bani Israel yg dimasukkan ke dlm syurga setelah diberi hidayah olehNya. Hnya kerana mberikan minuman kpd anjing. Lalu ia mbetulkan kehidupannya lalu mati dlm Islam. Inilah hidayah Allah melalui pilihanNya. Fudail bin Iyad yg asalnya seorg perompak dipilih oleh Allah utk mati dlm Islam. Begitu juga dgn kisah Malik bin Dina yg asalnya peminum arak yg tegar. Hidayah itu adlh pilihanNya.

Wallahua'lam

No comments: