Thursday, August 14, 2014


 Kuliah Ramadhan UMED Kitab Wasiat Ibnu Qudamah Al Maqdisi-Jalan Lurus Menuju Allah 19.07.2014

Muraqabah & Khasyah

I. Tengah Malam (sambungan..)

1. Kita perlu memohon agar dberikan kpd kita apa2 yg tlh dberikan kpd org2 tdahulu ykni org2 pilihanNya spt para Nabi dan wali2Nya. Merekalah org yg tlh tetap hidayah Allah kpd mereka dan ikutilah mereka spt kekuatan dlm ketaatan, benteng dr melakukan maksiat, umur dan masa yg bmanfaat dsb.

2. Doa ini akan mbuka jalan kpd kekuatan dlm beribadat. Kita perlu mgenali para Nabi dan para wali ini. Ia adlh suatu jalan yakni jalan yg lurus iaitu melalui guru2 btaqwa, kawan2 yg soleh, ilmu bermanfaat dan umur yg berkat.

3. "Wahai jiwa yg tenang, pulanglah kpd tuhan kamu dlm keadaan tenang dan diredhai". Pulang ke negeri akhirat dgn hidayahNya. Sgguhnya hidayah itu milik Allah.

4. Hati kita berada dlm kekuasaanNya. Ia blh dibolak balikkan mgikut kehendakNya. Kita tdk mungkin myambut seruan beriman kpdNya melainkan dgn pilihanNya.

5. Kebaikan agama ini bkn dtg dgn usaha kita, ia adlh anugerahNya. Ia mjadikan kita lbh tawaduk dan merendah diri. Jika tdk, kita mula sombong dan dtglah sifat2 mazmumah dlm diri kita yg akan merosakkan amalan.

6. Mintalah kekuatan utk melakukan ketaatan dan pelihara diri dr api neraka. Tdk ckup sekadar beramal tetapi mesti memohon kpdNya utk masuk ke syurga dan dijauhi dr neraka. Ia mnunjukkan kerendahan diri kita dihadapanNya. Nabi saw ttp memohon even Nabi bsifat maksum.

7. Pohonlah sesuatu yg Allah suka kita lakukan dan mgelakkan kemurkaanNya dlm tnpa kita sedari spt memadamkan kebaikan dsekeliling kita kerana kita merasakan kita sudah tlalu byk membuat kebaikan. Contohnya tdk mgalihkan duri atau mnutup lubang di atas jalan dek myangka ianya tlalu kecil.

8. Kita tdk boleh meremahkan mana2 kebaikan. Mungkin ia kecil tetapi mungkin disitu ada keredhaanNya. Begitu juga jgn mperkecilkan dosa2 kecil. Ia blh mhapuskan kebaikan yg kita lakukan selama ini. Kita myangka ia kecil walhal dsisiNya ia adlh besar.

9. Mungkin kita sudah bagus dlm melakukan ibadat dan ketaatan namun Allah mjadi murka apabila kita gagal menegur kemungkaran isteri dan anak2. Menegur kemungkaran itu blaku scara khusus utk kita kerana ia mrupakan tggjwb kita.

10. Istiqomah itu amat berat dlm beragama. Kita perlu istiqomah dlm setiap perintahNya. Ia tdk berat bg seseorg yg dibantu oleh Allah. Tanda2 amalan itu ditolak apabila kita tdk istiqomah. Buatlah ikut kemampuan. Sbaik2 amalan adlh bterusan walaupun sedikit.

11. Kita tdk hairan org yg sering dtg awal ke masjid ketika menunaikan umrah dan haji di Mekah. Dsana mmg tmpt utk beribadat dan saling berlumba2. Namun kita hairan apabila dia blh kekalkan istiqomah ketika pulang sptmana ktika berada di Mekah.

12. Kita tdk dpt mguasai hati dan nyawa kita. Allah yg akan menentukan dan perlunya kita memohon supaya Allah tetapkan hati kita berada di jalanNya dan Allah mgambil nyawa kita ketika kita berbuat ketaatan pdNya. Perlunya kita mpunyai cita2 sbegini agar kita berada pd darjat tertinggi dsisiNya.

Wallahua'lam

No comments: