Thursday, August 14, 2014


 Kuliah Ramadhan UMED Kitab Wasiat Ibnu Qudamah Al Maqdisi-Jalan Lurus Menuju Allah 11.07.2014

Muraqabah & Khasyah

E. Munajat

1. Munajat bererti merintih dihadapan Allah atau bmesra dgnNya dimalam hari, mgadu keresahan, kgelisahan, kerinduan dsb. Ia bangun pd waktu mlm dan mgadu serta mgakui kelemahan, merasai ketakutan akan azabNya, bimbang akan pengakhiran hidupnya smada mati dlm iman @ tidak beriman.

2. Kita perlu memikirkan adakah layak utk kita mdiami syurgaNya, bsgguh kah kita dlm melakukan ketaatan pdNya dsb. Apabila kita diilhamkan bangun malam serta bdoa pdNya, ia adlh anugerahNya. Dikala org lain meminta hal2 dunia, kita memohon akan keafiatan akhirat kita kelak.

3. Dsinilah timbul istilah beruzlah iaitu mengasingkan diri semata2 utk bmunajat kpdNya. Mereka ini tdk mahu rintihan mereka didengari oleh org lain. Mereka sentiasa mzahirkan kebimbangan akan soal taqwa kita dsisiNya.

4. Kita tdk mgetahui siapa nama kita dsisiNya. Adakah mukmin @ fasiq @ munafiq @ dsb. Kita tdk mgetahui kesudahan hidup kita. Kita tdk mgetahui smada dosa kita diampunkan atau tidak.

5. Org yg tselamat adlh org yg bimbang akan agama dan akhiratnya. Mereka amat mhargai hidayah iman dan Islam yg Allah kurniakan pdnya.

6. Kita melakukan dosa dan maksiat dsebabkan hawa nafsu serta kejahilan kita. Tiada siapa yg berhak mengampunkan dosa kita melainkan Allah. Tentu kita malu utk bhadapan dgn Allah kelak. Celakalah usia kita apabila ia makin btambah, makin btambah juga dosa kita. Kita pasti tdk tertanggung azabNya.

7. Keampunan Allah umpama lautan yg luas. Even dosa kita sbesar gunung-ganang, pengampunan Allah jauh lbh bmakna jika kita btaubat dgn bsungguh2. Utk merasai kemanisan dan kelazatan beribadat waktu malam, maka merintihlah dihadapanNya. Allah akan mhilangkan kebimbangan dan keresahan dlm diri kita. Berbanding kita mgadu kpd manusia yg akan menambahkan beban kpd kita.

8. Apabila btemu org soleh maka mintalah doa serta nasihatnya. Kemuliaan org alim dan soleh adlh pd doa dan nasihatnya. Pasti doa dan nasihatnya akan mberi manfaat kpd agama dan akhirat kita.

9. Scara kudratnya kita tdk mampu utk istiqomah dlm jalan menuju Allah. Hnya Allah yg mberikan istiqomah dlm jalan kebenaran, bdoa spya kita tdk tgelincir dan bpaling dr hidayahNya. Allah mgajar kita doa " Ya Allah berikanlah kpd kami kebijaksanaan" . Apabila kita bijak, kita mampu menjauhi dosa dan maksiat. Kcerdikan sbenar apabila kita tiada keinginan utk mbuat dosa.

Wallahua'lam

No comments: