Thursday, August 14, 2014



Kuliah Ramadhan UMED Kitab Wasiat Ibnu Qudamah Al Maqdisi-Jalan Lurus Menuju Allah 03.07.2014

Perosak Amalan (sambungan..)

D. Menyalahi Sunnah Rasulullah saw

1. Fudail bin Iyad bkata suatu amalan itu diterima jika ia mnepati 2 syarat iaitu ikhlas dan mengikuti sunnah Nabi saw.

2. Kita perlu kembali kpd kitab Allah dan sunnah Nabi saw utk mgelakkan kita tersesat. Semua umat Nabi Muhammad blh masuk syurga kecuali mereka yg enggan yakni mereka yg tdk mentaati Nabi saw.

3. Asas ibadat itu adlh mgikuti Nabi saw. Akan smpai suatu zmn akan berlaku byk pertelingkahan maka ketika itu kembalilah kpd Allah dan Rasul. Ia adlh sebaik2 penjelasan.

4. Kita perlu mempelajari sunnah Nabi saw utk mendapat keberkatan dlm kehidupan. Nabi tdk akan mbiarkan kita dlm kebingungan melainkan Nabi saw sudah mjelaskan segalanya. Larangan Nabi sama spt larangan Allah. Nabi tdk akan bckp dgn hawa nafsu, ia adlh wahyu dr Allah.

5. Kebenaran ttp bsama Nabi saw even dlm keadaan marah, sakit, sedih dsb. Aku tinggalkan kpd kamu 2 perkara, selagi mana kamu bpegang kpdnya, kamu tdk akan tsesat yakni kitab Allah dan sunnahku. Allah jadikan sunnah Nabi saw itu sbg mukjizat shgga ia dibukukan serta dihafal.

6. Seorg tokoh sufi agung Sulaiman Ad Darani bkata suatu amalan itu tdk blh dilakukan melainkan ia btepatan dgn sunnah Nabi saw.

7. Siapa yg tdk mguasai Quran dan ilmu hadis, ia tdk blh diikuti. Mereka ini akan mgadakan pembohongan yg jelas ttg sunnah Nabi saw. Contohnya mereka yg menari ketika bzikir dsb.

8. Jln menuju Allah semuanya tertutup melainkan mengikuti sunnah Nabi saw. Akan ada golongan yg myalahi sunnah, mereka ini bkn shj tdk blh diikuti tetapi perlu diperangi. Samada lawan dgn tgn, kuasa, lidah atau hati.

9. Abu Said Al Qudri pernah mnegur Abu Marwan Bin Hakam yg ingin membaca khutbah tlebih dahulu sblm solat raya sma spt solat jumaat. Ia adlh bidaah. Abu Said myentap tgn Marwan dgn kuat kerana cuba mpertahankan sunnah Nabi saw.

10. Sunnah paling agung adlh memperbetulkan kezaliman yakni perlu bkata benar di hdpn pemimpin zalim.

11. Antara yg myalahi sunnah adlh penyakit was-was. Was2 ketika mengambil wudhu, mandi wajib,angkat takbir, waktu berbuka dsb. Apabila kita bkeyakinan yakni dgn ilmu, maka kita tdk akan was2.

12. Kita gagal menegakkan sunnah dsebabkan kita JAHIL.

Wallahua'lam

No comments: