Saturday, August 23, 2014


Kuliah Subuh 24.08.2014

Kelebihan Menghadiri Majlis Ilmu

1. Ilmu adlh cahaya. Ia tdk akan jatuh ke dlm hati yg penuh dgn dosa dan maksiat.
Pernah Imam Syafiiy menceritakan pengalamannya terlupa ilmu yang dipelajari. Imam Syafiiy telah mengadu kepada gurunya Waki' tentang masalah itu lalu gurunya telah mewasiatkan kepadanya agar meninggalkan maksiat. Kata gurunya ketahuilah bahawa ilmu itu adalah cahaya dan cahaya itu takkan diberikan pd pelaku maksiat.

2. Ilmu juga adlh alat utk mdapatkan kefahaman yakni kefahaman dlm kehidupan beragama. Kita perlu memahami agama. Bkn sekadar tahu dan mgumpul ilmu. Ramai yg fhm dalil tetapi tdk fhm kehendak dalil.

3. Hadis Nabi saw "Barang siapa yg Allah ingin berikan kebaikan pdnya maka Allah akan mberikannya kefahaman dlm agama". (HR Bukhori)
Ini bmaksud mempelajari ilmu syariat, hukum-hakamnya, halal haramnya merupakan cara yang paling tepat untuk mempertahankan agama dan mendakwahkannya kepada seluruh manusia. Orang yang melaksanakannya akan beroleh ilmu dan amal disamping dibalas dengan kebaikan oleh Allah SWT.

4. Sesiapa yang menghidupkan Sunnah di zaman kerosakan umat akan mendapat ganjaran 100 pahala syahid. Menuntut ilmu adalah suatu bentuk jihad. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan niat ingin menuntut ilmu, para malaikat akan mengiringinya sambil menghamparkan sayap-sayap mereka.dan orang itu akan berjalan di atas sayap-sayap para malaikat. Seandainya dia mati dalam perjalanan, matinya itu adalah mati syahid.

5. Nabi saw bersabda “Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.”
(Muslim, Abu Daud, Turmizi dll)
Maksud hadith ini, sesiapa saja yang sanggup melapangkan sedikit masanya untuk menambah pengetahuan lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan dengan agama, peluangnya untuk masuk ke dalam syurga adalah cerah kerana jalan ke sana telah dimudahkan oleh Allah SWT. Janji Allah mustahil tidak benar.

6. Rasulullah saw bersabda “Selamat datang wahai orang yang menuntut ilmu, sesungguhnya para penuntut ilmu itu akan dinaungi oleh sayap-sayap para malaikat yang saling bertindihan satu sama lainnya sampailah ke langit dunia, ini kerana kecintaan mereka kepada orang yang menuntut ilmu.”
(Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani & Ibnu Hibban)

7. Para malaikat sangat suka dengan orang-orang yang menuntut ilmu. Apabila terjumpa saja mana-mana majlis ilmu, para malaikat akan menebarkan sayap-sayap mereka menyelubungi majlis tersebut. Sebab itulah orang-orang yang berada dalam majlis-majlis ilmu akan terasa damai di hati dan dekat dengan Tuhan kerana mereka sebenarnya sedang berada di bawah naungan sayap-sayap para malaikat. Seterusnya para malaikat tadi akan berbaris pula bertingkat-tingkat sampailah ke langit. Sebab itulah ada ulama mengatakan bahawa cahaya majlis-majlis ilmu ini seolah-olah terpancar terus ke langit.

8. Syaitan amat benci dan takut kepada seorang yang berilmu lebih daripada 1000 orang abid, kerana tugas Syaitan ialah untuk menyesatkan manusia, tetapi seorang yang berilmu pula boleh mengembalikan mereka semula ke pangkal jalan.

9. Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

10. Nabi saw bersabda “Jika kamu melewati taman-taman syurga maka singgahlah” Para sahabat bertanya, “Apakah taman-taman surga itu?” Baginda menjawab, “Majlis-majlis ilmu” (HR. at-Tirmidzi dan lain-lain)

11. Orang-orang yang berhimpun dalam majlis ilmu akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. Bukan setakat itu saja, dosa ibu bapa mereka juga akan diampunkan. Orang yang melewati majlis sebegini tanpa niat untuk duduk dalam majlis ini pun akan diampunkan dosanya. Satu majlis ilmu di masjid menghapuskan 100 majlis lalai. Satu majlis ilmu di rumah menghapuskan 40 majlis lalai.

12. Rahmat yang melimpah ini menjadikan majlis ilmu sebuah majlis sakinah (ketenangan). Dengan rahmat ini juga, Allah membersihkan dan melembutkan hati manusia di sekeliling dan memberi hidayah kepada mereka.

Sabda Rasullullah saw " Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Ketahuilah ia adlh Hati."

13. Rasulullah saw pada penghujung hayatnya, pernah memanggil Sayidina Ali bin Abi Talib.
Baginda mewasiatkan kepadanya "Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar".

14. Sama2lah kita bermuhasabah sejauhmana kita myayanyi dan mcintai ilmu Allah..
Kaki kita menjadi ringan apabila melangkah ke tmpt2 maksiat..
Namun kaki mjadi berat apabila diajak utk melangkah ke rumah2 Allah..
Kita mberi pelbagai alasan walhal kita sdg menipu diri kita sendiri..
Kita biasa nampak OKU ditolak dan dipapah ke pasaraya dan tmpt2 lain tetapi tdk ke rumah2 Allah..

15. Akhirnya kita semua akan dipaksa dtg dgn diusung sbg jenazah ke rumah2 Allah. Masa itu kita mula myesali dgn segala ruang dan kelapangan masa yg Allah berikan kpd kita selama ini. Maka lapangkan masa utk ke rumah2 Allah dan menuntut ilmu, bukannya menunggu masa lapang @ sehingga waktu kematian kita.

Wallahua'lam

No comments: