Thursday, August 14, 2014


 Kuliah Ramadhan UMED Kitab Wasiat Ibnu Qudamah Al Maqdisi-Jalan Lurus Menuju Allah 15.07.2014

Muraqabah & Khasyah

G. Istikharah

1. Slh satu doa yg bsifat khusus yakni istikharah. Istikharah btujuan utk mencari yg tbaik diantara 2 urusan. Ia sunat muakkad dilakukan walaupun di dlm urusan pkara2 sunat spt istikharah utk memilih waktu yg sesuai utk menunaikan haji, istikharah utk memilih waktu melangsungkan perkahwinan.

2. Sesiapa yg istikharah tdk akan rugi, tdk akan myesal dan tdk akan celaka. Smada Allah beri jalan yg paling terbaik atau Allah beri kita jiwa redha even tsilap pilih jalan. Allah pasti memilih sesuatu yg tbaik utk kita walaupun pd permulaannya seolah2 sukar.

3. Minimum istikharah ialah bdoa ketika selesai solat tnpa perlu melakukan solat sunat istikharah spt slps solat sunat wudhu, tahiyatul masjid dsb. Yg paling sempurna ialah myempurnakan wudhu dan solat sunat istikharah.

4. Istikharah ialah keazaman hati. Firman Allah "Bila kamu sudah berazam, maka bertawakallah kpd Allah". Bersandarlah kpd Allah, pasti akan ada keberkatan drNya. Bkn skadar bsandar kpd ilmu, kekuatan fizikal dan pengalaman lalu.

5. Kita sentiasa berada dlm perjudian hidup yakni perlu melakukan pelbagai pilihan. Utk melakukan pilihan, maka carilah pendapat org2 yg bpengalaman. Agama itu nasihat. Sesudah itu kita melakukan istikharah.

6. Istikharah samada kita solat atau bermesyuarat. Firman Allah "Maka hendaklah kamu bermesyuarat dgn urusan kamu". Ini melibatkan kepentingan bersama. Jika ia bkaitan soal peribadi, cukup skadar istikharah.

7. "Ya Allah, aku memohon penentuan drMu dgn ilmuMu serta kekuasaanMu". Allah Maha Mgetahui tmasuk pkara2 yg ghaib. Ilmu mjadikan kekuasaan itu tepat. Ini adalah 2 elemen penting dlm penentuan pilihan. Jadikan istikharah sbg gaya hidup kita.

8. Kita dilarang istikharah dlm pkara makruh dan haram.

Wallahua'lam

No comments: