Tuesday, August 26, 2014


 Kuliah Maghrib UMED
Kitab Fiqh Aulawiyyat 26.08.2014

Mengutamakan amal batin drpd amal zahir

1. Amalan zahir spt solat, puasa, zakat, haji, qurban dsb. Ada yg wajib dan ada yg sunat. Namun amalan batin perlu ditumpukan semasa melakukan amalan zahir ini yakni kerana Allah dan keikhlasan hati. Nilai taqwa yg akan myampaikan kita kpdNya.

2. Setiap amalan ini akan smpai kpdNya melalui taqwa yg tersembunyi di dlmnya spt ikhlas dan niatnya kerana Allah. Taqwa itu disini sambil Nabi saw menunjukkan ke dada baginda sebanyak 3x. Nilai kemuliaan tletak pd taqwa yg ada di dlm diri kita. Bkn tletak pd paras rupa dan fizikal kita.

3. Perhatikan tarikan hati ini dimana semasa kita melakukan amalan zahir. Jika sekadar mlepaskan tggjwb, ia sudah memadai. Namun Allah mgajar kita nilai yg lbh besar utk kita perhatikan setiap kali kita beramal. Jika ia tiada nilai disisi Allah, barangkali ia mjadi suatu amalan yg sia2 @ kepenatan @ mjadi debu yg bterbangan. Sbb itu jgn memandang rendah sebarang amalan zahir samada ia besar @ kecil.

4. Org kafir blh berbangga dgn pelbagai ciptaan teknologi yg canggih lalu digunakan oleh org Islam. Namun segala usaha mereka itu tdk bguna sedikitpun di sisiNya kerana kekafiran mereka. Nilai Islam itu jauh lbh tinggi dr amalan zahir mereka.

5. Keluarnya dajjal yakni bererti ia sudah lama wujud di dunia ini dan berada di suatu tempat yg Allah pelihara. Dajjal akan mati di Israel. Org2 munafiq cuba bsembunyi di Mekah dan Madinah apabila dajjal ini keluar. Org munafiq akan tcampak keluar @ dpaksa keluar setiap kali dajjal mgelilingi Mekah dan Madinah.

6. Surah Al Hajj ayat 32 "Siapa yg memuliakan syiar Allah maka ia di kalangan org yg btaqwa". Semua perintah dan laranganNya perlu dipatuhi dan dijauhi. Ini yg dikatakan syiar Allah. Said bin Jubair pnh mbela seorg kafir zimmi yg mbyr jizyah ketika ia diheret oleh seorg polis dibwh kuasa Hajjaz Yusof As Shaqofi. Ini mnunjukkan slh satu cara Said mnegakkan syiar Islam.

7. Prinsip di dlm Islam yg menjadikan kita mulia even kita cuba ditipu oleh musuh. Kita cuba utk mbangkitkan imej Islam dlm mjaga nama baik agama Allah. Ini adlh contoh2 dlm mnegakkan syiar Islam. Apa2 yg kita lakukan,kita mestilah mjaga imej Allah. Kamu jaga Allah, maka Allah akan senantiasa bsama kita. Jika tdk, Allah akan mhina kita. Tggulah janji Allah yakni azabNya.

8. Org Islam Palestin bnr2 mjaga agama Allah even diserang dr pelbagai sudut. Mereka tdk akan myerah selagi hak rakyat Palestin dan Islam dibela. Ini menaikkan imej Islam di mata dunia sehgga mereka mgenali Islam. Hidup adlh utk mjaga imej agama Allah spya kita tdk dpandang hina.

9. Hebatnya Ibnu Sina ia seorg pakar perubatan namun ia tdk mahu mjadi doktor. Ia hanya myumbangkan ilmu2 perubatan utk kegunaan manusia. Di saat Ibnu Sina ditimpa sakit, dia mperbykkan amal ibadat utk btemu Allah. Penyakit dtg utk mengingatkan kita akan kematian. Silapnya kita bila kita berubat kerana ingin sembuh dan terus hidup tanpa mpunyai matlamat dlm hidup kita. Ibnu Sina hidup mjaga imej Allah lalu Allah pelihara hidupnya.

10. Kita byk mbazirkan masa dan usia kita kerana kita tdk memulakan sistem pelajaran kita dgn mpelajari Al Quran serta memahaminya. Akhirnya pd usia tua kita tpaksa belajar agama kembali. Itupun jika Allah panjangkan usia kita serta dberi hidayah utk menuntut ilmu.

11. Pakaian taqwa itu adlh yg terbaik yakni utk mnunjukkan pengabdian kita yg sbenar kpdNya dlm mengingatiNya. Paling berat pd neraca Allah adlh akhlak yg baik. Ini tkandung dlm 3 perkara yg mdtgkan kemanisan iman. Kita katakan cinta Allah dan Rasul namun kita jauh dr rumah2 Allah, tdk myahut panggilan Allah, jauh dr sunnah2 Nabi saw dsb.

12. Jika kita mjaga kualiti ibadat, maka Allah akan menambahkan nilai ibadat tsebut. Jika berlaku sebaliknya pasti ada kecacatan dlm dalaman kita. Maka perbaiki balik niat dalaman kita dimulai dgn istighfar.

Wallahua'lam

No comments: